Pages

Thursday, October 16, 2014

Bagaimana Memasang ‘Wall Sticker’ Bersaiz Besar?

Artikel asal: Nicole K.
Diterjemah & disunting oleh: Aimi Salwani

Kerenyot? Buih-buih udara yang tidak dikehendaki? Kedut di sana-sini?

Inilah antara isu-isu yang menghantui kita apabila memasang kertas dinding atau pelekat dinding bersaiz besar. Adakalanya membuat kita takut untuk membeli kertas dinding walau hati sungguh berkenan dengan keanggunan corak-corak atau motif pelbagai rupa.

Bolehkah aku memasangnya? Dan adakah hasilnya akan setaraf dengan hotel lima bintang? Nak juga merasa macam hotel lima bintang di rumah sendiri….hehe

Di sini saya berikan cara-cara mudah untuk menampal kertas dinding/pelekat dinding bersaiz besar, langkah demi langkah:

Langkah #1: Sediakan permukaan untuk menampal

Mula-mula, keluarkan kertas dinding dari bungkusannya dan pilih lokasi untuk anda menampal kertas dinding itu. Anda mungkin perlu membuat sedikit ukuran untuk memastikan kertas dinding muat di lokasi pilihan anda. Lap dinding dengan kain yang sedikit lembap untuk memastikan permukaannya bersih dan tidak berdebu. Jika rekaan kertas dinding atau pelekat dinding anda memerlukan penyusunan yang tepat atau ketinggian yang sama rata, lukis garisan halus dengan pensel sebagai panduan anda ketika menampal nanti. Setelah selesai semuanya, anda bolehlah memulakan kerja-kerja menampal.


PERINGATAN: Jangan menampal kertas dinding ke atas permukaan yang baru dicat!!! Kami mengesyorkan untuk menunggu sekurang-kurangnya 2 hingga ke 3 minggu untuk membenarkan cat “matang” dahulu sebelum menampal apa-apa kertas dinding. Cat mungkin nampak kering tetapi sebenarnya ia mengambil masa beberapa minggu untuk matang. Jika kertas dinding ditampal sebelum cat matang, dikhuatiri kertas dinding itu akan bergulung, terkupas atau tertanggal terus dari dinding… bersama serpihan cat dinding rumah anda.

Tanggal kertas pelapik sebanyak 1 atau 2 inci sahaja dari bahagian atas (atau kiri) kertas dinding.



Langkah #2: Lekatkan bahagian atas dahulu (atau bahagian kiri untuk pelekat dinding yang melintang panjang seperti #BlackboardWallpaper)

Walaupun anda amat teringin untuk menanggalkan kertas pelapik belakang kertas dinding anda sekaligus dan terus menampal keseluruhan kertas dinding ke dinding, kami sangat-sangat mengesyorkan anda untuk bersabar dan menggunakan kaedah yang ‘slow-and-steady’ atau ‘biar-lambat-asal-selamat’, untuk mengelakkan buih udara, kedut dan kekecewaan di kemudian hari.

Tanggal kertas pelapik sebanyak 1 atau 2 inci sahaja dari bahagian atas (atau kiri) kertas dinding dan lekatkan dengan berhati-hati ke atas dinding. Pastikan anda lekatkan keseluruhan bahagian atas (atau kiri) kertas dinding, dan tekan dengan rata.

Jika ada kedut atau buih udara, ratakan dengan kad kredit (atau kad Tesco dsb.). Jika tidak berjaya juga, tanggal semula dan mulakan semula Langkah #2. BlackBoard Wallpaper dari Sal’s Home Gallery boleh dipasang semula dengan syarat anda melakukannya dengan berhati-hati dan tidak meregangkannya.

Lekatkan keseluruhan bahagian atas (atau kiri) kertas dinding.

Langkah #3: Ratakan!

Tanggalkan kertas pelapik dari kertas dinding dengan berhati-hati, tarik lurus ke bawah (atau ke kanan), sambil meratakan kertas dinding dengan tangan. Kerja ini lebih mudah dilakukan jika anda dibantu oleh seorang lagi rakan: seorang meratakan kertas dinding manakala seorang lagi menarik keluar kertas pelapik.


Ratakan kertas dinding sambil menarik keluar kertas pelapik dengan perlahan-lahan.

Langkah #4: Teruskan melekat dan menekan…

Semakin banyak bahagian yang terlekat, semakin mudah kerja anda. Teruskan melekat dan menekan kertas dinding. Jika anda terlepas pandang sedikit buih udara, jangan risau: anda masih boleh meratakannya setelah selesai semuanya nanti.

Lebih mudah di akhir proses menampal.
 
Langkah #5: …dan siap!

Apabila anda sampai ke bahagian bawah (atau kanan) kertas dinding, anda akan dapati lebih mudah untuk anda meratakan kertas dinding dengan satu bucu dahulu, kemudian barulah teruskan ke bucu yang lain.

Ratakan kertas dinding dengan satu bucu dahulu, kemudian barulah teruskan ke bucu yang lain.
 
Jika anda ternampak sebarang buih udara, gunakan kad kredit dan ratakan buih itu ke tepi dengan lembut. Jika kertas dinding anda senget, tanggalkan semula dan tampal semula, tiada masalah! Setelah anda berpuas hati, tepuk diri sendiri, ucapkan terima kasih kepada pembantu anda dan jemput ahli keluarga anda untuk melihat hasil kerja tangan anda.

Dapatkan lebih banyak tips-tips dekor di
https://www.facebook.com/pages/SaLs-Home-Gallery/1513960808818314

Sila cuci mata & Like page Sal’s Home Gallery
~Menyediakan pilihan barangan yg unik dgn harga berpatutan
~Barangan rumah ~Barangan kanak2 ~Barang kemas

#HomeDecor #TipsDekor #blackboardWallpaper #tampalkertasdinding

Monday, October 6, 2014

PELEKAT SUIS 
(Cute Stickers for Switch Box/Laptop/KID’S Bedroom)

Pelekat-pelekat comel ini diperbuat daripada PVC, bukan kertas yea. 



Jadi ia tidak meninggalkan kesan jika ditanggal dari dinding. Kan geram kalau tampal sticker kertas, puas dikutis-kutis tak juga mahu tanggal…. Saiznya pun elok-elok untuk ditampal di suis dinding rumah anda. Haa, baru senang nampak mana suisnya kan. Mudah tetamu anda mencari-cari suis dengan adanya haiwan-haiwan comel ini menunjuk jalan.



Ia juga tidak telap air, jadi tiada masalah jika ditampal di permukaan terdedah dengan air seperti dapur, pasu bunga, tupperwareNo probs!



Adik-adik remaja sekalian yang sukakan barang-barang comel pun boleh tampal di henfon atau laptop kesayangan. Wahhh, comelnya laptop awak!!!



Untuk ibubapa dengan anak kecil, mudahnya menghias bilik tidur si comel anda (^^,) Boleh letak di suis dinding, tepi katil, almari bajunya. Pendekata, anda tidak perlu berbelanja besar untuk menambah keceriaan di bilik si comel.



Hanya RM10 untuk 4 keping, murah kan? 
Dapat lagi HADIAH MISTERI

Wow, cepat2 dapatkan sebelum stok kehabisan!!!

Sila tinggalkan komen atau hubungi saya AIMI 013-3509796

Friday, October 3, 2014

BLACKBOARD WALLPAPER

Ini produk Sal’s Home Gallery yang paling laris. Ramai rupanya yang mahukan papan hitam untuk anak-anak mereka conteng sesuka hati. Iyelah, rumah saya sendiri sudah “indah” berkerawang dengan contengan si kembar saya yang sejak umur setahun dah mula melakar aktiviti seni mereka di mana-mana permukaan yang mereka boleh capai....... 

Antara yang menjadi mangsa - TV, meja, novel-novel ibu dan sebagainya...... (setakat dinding aje apa class!!!!) ~ lihat gambar di bawah....cantik kan dinding rumah saya? hahahah

Jadi dari asyik marah anak sebab menconteng sana-sini, baik kita bagi mereka medium yang sesuai untuk mereka conteng semahu-mahunya.


Gambar 1: Si kembar khusyuk menconteng. Ada gaya tak dengan pegang botol susunya lagi...hehe

Kalau bagi warna dan kertas, bersepah pula kemudian dengan kertasnya. Membazir pun ada, jadi apa kata beri mereka papan hitam yang boleh dipadam dan ditulis semula. 

“Haa, adik conteng puas-puas yea....”
Anak-anak saya sangat teruja sebab boleh tulis, dan boleh padam (macam lebih teruja memadam dari menulis...haha).

Baik, spesifikasinya;

  • Saiz:
LARGE                   2 meter X 45 cm                RM30
MEDIUM               1 meter x 45 cm                 RM16 
SMALL                   45 cm x 45 cm                    RM8
  • Setiap pakej disertakan dengan KAPUR TULIS PERCUMA!!!!
  • Dibuat dari PVC – boleh ditanggal tanpa kesan
  • Menggunakan teknologi UV printing yang tidak toksik
  • Tidak telap air - mudah dicuci



Gambar 2: Anggaran saiz untuk pelekat bersaiz 2 m X 45 cm


Gambar 3: Anggaran saiz untuk pelekat bersaiz 45 cm x 45 cm

Sal’s Home Gallery juga menawarkan 2 lagi produk berkaitan; iaitu

1. Liquid Chalk Pen – RM5
  • Pen berdakwat kapur khas untuk kanak-kanak
  • Tidak berdebu
  • Mudah dipegang oleh si kecil

Gambar 4: Pen kapur, selamat untuk kanak-kanak

2. Chalk Holder – RM8
  • Tangan tak kotor
  • Kapur dilindungi dari patah
  • Mengurangkan risiko jika kanak-kanak memasukkan kapur ke dalam mulut


Gambar 5: Pemegang kapur berwarna-warni untuk anda pilih

Kos penghantaran adalah RM6 untuk Blackboard Wallpaper. Penghantaran percuma untuk item-item lain jika dibeli bersama Blackboard Wallpaper.

Thursday, October 2, 2014

Saya juga ada jual barangan Shaklee di sini. ID saya 1095012.
Haa, bulan ni Shaklee ada 2 produk promo tau.

1. ESP - Buy 6 Free 1 : RM726
2. Mealshake - Buy 3 Free 1 : RM273

Kelebihan beli set promo ESP:
1. Free 1 tin ESP bernilai RM150
2. Free membership bernilai RM65

3. Layak bonus RM36

Kelebihan beli set promo Mealshake:
1. Free 1 tin Mealshake bernilai RM113.75

2. Memberi sumbangan sebanyak RM27.30 kepada pusat penjagaan kanak2 MyKasih

Kalau mahu beli setin saja pun boleh. Harga saya jual adalah seperti berikut:
1. ESP (850g) : RM121 setin
2. Mealshake (544g) : RM91 setin


------------- Kelebihan ESP --------------
ESP adalah protein soya Non-GMO yang berkualiti tinggi. Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP), di mana program ini memastikan kacang soya itu bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, anda boleh yakin dengan komitmen Shaklee dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.

Antara kelebihan ESP yang telah diakui ramai ialah:
1. Memberi tenaga berpanjangan
2. Mengatasi masalah gastrik
3. Mengurangkan kadar gula dalam darah (untuk penghidap kencing manis)
4. Mengurangkan selera makan seterusnya mengurangkan berat badan berlebihan
5. Membekalkan protein yang lengkap. Sesuai untuk ibu mengandung atau menyusukan anak.
6. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus, gebu dan berseri.


--------- Kebaikan Mealshake -----------
Mealshake diperbuat daripada ramuan semulajadi iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin dan lain-lain. Ia minuman berperisa vanilla yang rendah lemak dan rendah indeks glisemik.

Antara kelebihan Mealshake yang telah diakui ramai ialah:
1. Meningkatkan selera makan. Sesuai untuk kanak2 yang memilih makanan atau individu yang mau menambah berat badan.
2. Membantu penghadaman dan mengelak sembelit.
3. Mengandungi vitamin B untuk meningkatkan fokus dan perhatian dan memelihara kesihatan sistem saraf.
4. Mengandungi vitamin2 antioksidan iaitu vitamin A, C dan E untuk mengekalkan kesihatan kulit dan membaiki sel2 badan. Sesuai untuk individu yang menghidap ekzema.
5. Mengandungi calcium & vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi.
6. Mengandungi iron & B12 untuk pembinaan sel darah merah dan mengelak anemia.


Produk Shaklee dijamin Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Semulajadi. Hubungi saya untuk tempahan – Aimi 013-3509796    

FB page: https://www.facebook.com/SalShaklee 

Wednesday, October 1, 2014

Sticker SHG sudah sampai!!!

Agak-agak boleh terus jadi logo Sal's Home Gallery tak? Hehe..

Sticker ini akan digunakan dalam setiap packaging kami. Ya, kami bukan dropshipper. Setiap barang kami uruskan dan bungkuskan sendiri. Barang di depan mata, kualiti pun boleh dipastikan.

Kerana kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami :-)