Artikel asal: Nicole K.
Diterjemah & disunting oleh: Aimi Salwani
Kerenyot? Buih-buih udara yang tidak dikehendaki? Kedut di sana-sini?
Inilah antara isu-isu yang menghantui kita apabila memasang kertas dinding atau pelekat dinding bersaiz besar. Adakalanya membuat kita takut untuk membeli kertas dinding walau hati sungguh berkenan dengan keanggunan corak-corak atau motif pelbagai rupa.
Bolehkah aku memasangnya? Dan adakah hasilnya akan setaraf dengan hotel lima bintang? Nak juga merasa macam hotel lima bintang di rumah sendiri….hehe
Di sini saya berikan cara-cara mudah untuk menampal kertas dinding/pelekat dinding bersaiz besar, langkah demi langkah:
Langkah #1: Sediakan permukaan untuk menampal
Mula-mula, keluarkan kertas dinding dari bungkusannya dan pilih lokasi untuk anda menampal kertas dinding itu. Anda mungkin perlu membuat sedikit ukuran untuk memastikan kertas dinding muat di lokasi pilihan anda. Lap dinding dengan kain yang sedikit lembap untuk memastikan permukaannya bersih dan tidak berdebu. Jika rekaan kertas dinding atau pelekat dinding anda memerlukan penyusunan yang tepat atau ketinggian yang sama rata, lukis garisan halus dengan pensel sebagai panduan anda ketika menampal nanti. Setelah selesai semuanya, anda bolehlah memulakan kerja-kerja menampal.
PERINGATAN: Jangan menampal kertas dinding ke atas permukaan yang baru dicat!!! Kami mengesyorkan untuk menunggu sekurang-kurangnya 2 hingga ke 3 minggu untuk membenarkan cat “matang” dahulu sebelum menampal apa-apa kertas dinding. Cat mungkin nampak kering tetapi sebenarnya ia mengambil masa beberapa minggu untuk matang. Jika kertas dinding ditampal sebelum cat matang, dikhuatiri kertas dinding itu akan bergulung, terkupas atau tertanggal terus dari dinding… bersama serpihan cat dinding rumah anda.
Tanggal kertas pelapik sebanyak 1 atau 2 inci sahaja dari bahagian atas (atau kiri) kertas dinding. |
Langkah #2: Lekatkan bahagian atas dahulu (atau bahagian kiri untuk pelekat dinding yang melintang panjang seperti #BlackboardWallpaper)
Walaupun anda amat teringin untuk menanggalkan kertas pelapik belakang kertas dinding anda sekaligus dan terus menampal keseluruhan kertas dinding ke dinding, kami sangat-sangat mengesyorkan anda untuk bersabar dan menggunakan kaedah yang ‘slow-and-steady’ atau ‘biar-lambat-asal-selamat’, untuk mengelakkan buih udara, kedut dan kekecewaan di kemudian hari.
Tanggal kertas pelapik sebanyak 1 atau 2 inci sahaja dari bahagian atas (atau kiri) kertas dinding dan lekatkan dengan berhati-hati ke atas dinding. Pastikan anda lekatkan keseluruhan bahagian atas (atau kiri) kertas dinding, dan tekan dengan rata.
Jika ada kedut atau buih udara, ratakan dengan kad kredit (atau kad Tesco dsb.). Jika tidak berjaya juga, tanggal semula dan mulakan semula Langkah #2. BlackBoard Wallpaper dari Sal’s Home Gallery boleh dipasang semula dengan syarat anda melakukannya dengan berhati-hati dan tidak meregangkannya.
Lekatkan keseluruhan bahagian atas (atau kiri) kertas dinding. |
Langkah #3: Ratakan!
Tanggalkan kertas pelapik dari kertas dinding dengan berhati-hati, tarik lurus ke bawah (atau ke kanan), sambil meratakan kertas dinding dengan tangan. Kerja ini lebih mudah dilakukan jika anda dibantu oleh seorang lagi rakan: seorang meratakan kertas dinding manakala seorang lagi menarik keluar kertas pelapik.
Ratakan kertas dinding sambil menarik keluar kertas pelapik dengan perlahan-lahan. |
Langkah #4: Teruskan melekat dan menekan…
Semakin banyak bahagian yang terlekat, semakin mudah kerja anda. Teruskan melekat dan menekan kertas dinding. Jika anda terlepas pandang sedikit buih udara, jangan risau: anda masih boleh meratakannya setelah selesai semuanya nanti.
Lebih mudah di akhir proses menampal. |
Langkah #5: …dan siap!
Apabila anda sampai ke bahagian bawah (atau kanan) kertas dinding, anda akan dapati lebih mudah untuk anda meratakan kertas dinding dengan satu bucu dahulu, kemudian barulah teruskan ke bucu yang lain.
Ratakan kertas dinding dengan satu bucu dahulu, kemudian barulah teruskan ke bucu yang lain. |
Jika anda ternampak sebarang buih udara, gunakan kad kredit dan ratakan buih itu ke tepi dengan lembut. Jika kertas dinding anda senget, tanggalkan semula dan tampal semula, tiada masalah! Setelah anda berpuas hati, tepuk diri sendiri, ucapkan terima kasih kepada pembantu anda dan jemput ahli keluarga anda untuk melihat hasil kerja tangan anda.
Dapatkan lebih banyak tips-tips dekor di
https://www.facebook.com/pages/SaLs-Home-Gallery/1513960808818314
Sila cuci mata & Like page Sal’s Home Gallery
~Menyediakan pilihan barangan yg unik dgn harga berpatutan
~Barangan rumah ~Barangan kanak2 ~Barang kemas
#HomeDecor #TipsDekor #blackboardWallpaper #tampalkertasdinding
No comments:
Post a Comment